Friday, May 21, 2010

Secretaries' Week Luncheon Special Excusively With AGNES MONICA

Posing lepas habis show

Persembahan hebat

Sempat jugak Si Agnes ni bermanja dengan penarinya

Agnes dengan lagu hitsnya Teruskanlah

Dee Berceloteh dengan penonton


Pada 29 April 2010 yang lalu aku berkesempatan untuk menyaksikan persembahan Agnes Monica sempena Minggu Setiausaha di Quality Hotel, Matrade Exhibition and Convention Centre. Rasanya memang tak rugi la sape yang menyaksikan persembahan tersebut. Permulaan persembahan dimulakan dengan celoteh Dee yang memang tak kering gusi. Patut la ramai yang ambil Dee untuk jadi MC lagi sebab Dee memang terbaik la.. Then persembahan pembukaan oleh artis yang berbakat besar tetapi kurang menyerlah iaitu Iqwal dengan lagu hitsnya Cukup-cukup.

Bila Agnes Monica mula keluar, semua penonton dah bersorak-sorak tak sabar menyaksikan kehebatannya. Bermula dengan lagu slow yang popular kat Malaysia iaitu Teruskanlah dan Matahariku. Persembahan Agnes memang menarik sebab diselitkan kisah-kisah susah senang beliau menjadi artis. Sekaligus menaikkan semangat para Setiausaha dan sesiapa yang menyaksikannya.

Persembahan lagu-lagu rancak juga tidak kurang hebatnya, dengan iringan penari-penari yang turut diterbangkan khas dari Indonesia. Sememangnya cukup puas menyaksikan tenaga yang diberikan oleh mereka. Dengan seleksi lagu seperti Beat It, Smooth Criminal, dan banyak lagi. Lagu penutup iaitu Temperature amat menghiburkan dengan persembahan tarian yang cukup mantap.

Sememangnya tak rugi menyaksikan persembahan ni. Hopefully, next year Quality Hotel boleh menjemput sekali lagi Agnes Monica untuk menghiburkan golongan Setiausaha dan peminatnya.