Wednesday, January 16, 2013

Sharifah Zohra Jabeen Vs Bavani

Assalamualaikum... Dah lame jugak tak menjengah blog saya ni. Ini semua disebabkan kekangan kerja dan perkhidmatan internet yang tak berapa baik di sini. Baru-baru ini, kita dikejutkan dengan video semasa forum siswa di UUM, Sintok Kedah. Semasa forum tersebut, seorang gadis telah meluahkan pendapat beliau dan telah mencetuskan kontroversi. Pada awalnya, semua orang menghentam Miss Bavani kerana terlalu lantang meluahkan pendapat dan terlalu biadap dengan tidak menghormati orang yang lebih tua. Tetapi, setelah diamati video tersebut. Bagi saya tiada yang salah dan tiada yang betul dalam kes ini. Semuanya adalah kepada adab dalam diri kita. Bila bercakap mengenai pendidikan percuma. Tahukah kita, adab adalah satu-satunya pendidikan percuma yang kita perolehi di mana-mana sahaja. Adab menberi pendapat, adab menjawab soalan dan perbagai lagi adab yang kita pelajari secara percuma. Bagi kes Sharifah Zohra Jabeen dan Bavani, ianya juga melibatkan adab. Bagi saya tidak salah Sharifah Zohra Jabeen untuk menjawab tetapi perlulah menggunakan adab yang betul. Satu lagi perkara mungkin kerana dia terlalu marah sehingga membuatkan beliau hilang kawalan dan menjawab soalan-soalan Bavani dengan agak kurang sopan. Tidak salah untuk kita meluahkan pendapat dan menjawab soalan, tetapi perlulah menggunkan kaedah dan adab yang betul. Bukan sekadar ingin menghentam tetapi fikirkan apa baik dan buruknya sesuatu perkara itu. Kita hidup di Malaysia yang menjalankan pemerintahan demokrasi. Jangan jadikan kemarahan merosakkan adab dan budaya kita. Satu Malaysia, Satu Negara.