Sunday, August 8, 2010

Perlukah Peperiksaan UPSR dan PMR Dimansuhkan..???

Saya tertarik bila isu ini dibincangkan, dari berita ynag dikeluarkan ramai ynag bersetuju untuk memansuhkan peperiksaan UPSR dan PMR. Mungkin mereka ada alasan tersendiri untuk bersetuju dengan usul ini. Ada yang berpendapat bahawa dengan mengurangkan peperiksaan, ianya tidak akan membebankan anak-anak dan mereka dapat menumpukan pada hanya satu peperiksaan. Jika itu menjadi alasan, saya memang bersetuju tapi kita tidak berfikir tentang masa hadapan.

Bagi saya, saya 100% tidak bersutuju dengan usul untuk memansuhkan peperiksaan UPSR dan PMR. Ini kerana mungkin anak-anak tidak akan terbeban dengan begitu banyak peperiksaan tapi mereka mungkin akan terbeban dengan jangka masa belajar yang panjang. Maksud saya di sini terlalu banyak pelajaran yang perlu mereka ingat dari darjah 1 hingga ke tingkatan 5. Sedangkan sekarang pun pelajaran tingkatan 4 dan tingkatan 5 mereka tidak dapat mengingati sepenuhnya, bagaimana agaknya untuk mereka mengingati pelajaran dari awal persekolahan.
Selain itu, jika hanya 1 peperiksaan dijalankan, mungkin ianya akan mengurangkan beban anak-anak tetapi tidakkah kita berfkir dengan mengurangkan peperiksaan anak-anak akan lebih leka dan tidak mengendahkan mengenai peperiksaan. Ini secara tidak langsung akan mengganggu perjalanan pembelajaran mereka. Sebagai seorang yang pernah bergelar pelajar, saya tahu bagaimana kejidupan seorang pelajar. Kadang-kala mereka hanya mengulangkaji di saat-saat akhir peperiksaan. Saya tidak mengatakan semua pelajar begitu tapi kebanyakkannya akan bertindak sebegitu. Tidak ramai yang mengamalkan ulangkaji secara berterusan. Bagi mereka yang mengamalkan cara ulangkaji sebegiu mungkin tidak menjadi masalah. Tapi kita harus memikirkan mereka yang lain.
Sememangnya saya 100% tidak bersetuju untuk memansuhkan peperiksaan UPSR dan PMR kerana ianya lebih memberi kesan buruk dari kebaikan. Diharap pihak kerajaan akan mengkaji sedalam-dalamnya kebaikan dan keburukan setiap keputusan yang dibuat dan tidak berpihak kepada satu-satu pihak sahaja tetapi kepada seluruh rakyat malaysia kerana kta adalah 1 MALAYSIA.

No comments:

Post a Comment