Sunday, June 14, 2009

Jelajah 11 Era Bersama Perodua di Taiping Perak

Persembahan penutup dari Kumpulan Hujan mengujakan penonton Taiping

Lawak dari Sepah menghiburkan

Artis yang popular dengan filem My heart, Acha turut menghiburkan penonton di Taiping

Liyana Jasmay turut serta dalam Jelajah Era pada kali ini

Dafi membuka konsert pada malam itu

Ahli Fiqir tidak ketinggalan membuat persembahan

Estranged turut menghiburkan pengunjung

Alyah dengan lagunya 'Tak Mungkin Kerna Sayang'

Pada 13 Jun 2009 yang lalu, telah pun berlangung Jelajah 11 Era Bersama Perodua di lokasi yang ke-4 iaitu di tempat letak kereta Giant Taiping Perak. Pelbagai aktiviti yang telah dijalankan yang kebanyakkannya mempromosikan radio Era yang telah bertahan selama 11 tahun dan juga mempromosikan secara tidak langsung Perodua sendiri. Antara aktiviti yang dijalankan ialah cabutan bertuah di mana pemenang berpeluang untuk memiliki sebuah Perodua Myvi. Selain itu, pelbagai aktiviti menarik lain yang dijalankan. Pada sebelah malam , 1 konsert telah diadakan bagi menghargai para pendengar Era yang tidak putus-putus memberikan sokongan terhadap radio nombor 1 Malaysia itu. Antara artis yang terlibat ialah, Dafi AF4, Mila Af4, Alyah, Acha, Liyana Jasmay, Pop Shuvit, Estranged, Ahli Fiqir Kumpulan Sepah, Hujan dan tidak ketinggalan selebriti-selebriti Era sendiri seperti Burn, Adi, Cham dan Rey.

No comments:

Post a Comment