Sunday, June 7, 2009

Perlukah PPSMI dimansuhkan...??

Sekarang ni sumua orang berbicara mengenai PPSMI iaitu pembelajaran Sains dan Matematik di dalam Bahasa Inggeris. Bagi saya, saya 100% tidak bersetuju untuk memansuhkan sistem ini. Mungkin ramai yang berkata bahawa bahasa ibunda iaitu Bahasa Melayu akan pupus. tetapi bagi saya bahasa itu adalah satu perkara subjektif di mana, sekiranya kita mempelajari matematik dan sains dalam bahasa inggeris tidak semestinya bahasa ibunda kita akan pupus. Kita sendiri tahu bahawa pelajar hanya belajar 3 subjek di dalam bahasa inggeris manakala yang selebihnya masih di dalam bahasa melayu. Oleh itu, tiada alasan yang menyatakan bahasa Melayu akan pupus.
Tujuan sebenar sistem ini bukanlah untuk meyusahkan pelajar. tapi sebenarnya ia adalah untuk membantu pelajar. Mungkin untuk jangka pendek agak menyusahkan tetapi bagi jangka panjang ianya banyak membantu kita. Sebagai contoh, apabila kita telah menjejakkan kaki ke alam universiti, kebanyakkan buku rujukan di dalam bahasa inggeris, oleh itu ini sedikit sebanyak dapat membantu kita untuk memahami buku tersebut. Selain itu, boleh dikatakan kebanyakkan assignment yang perlu dibuat adalah di dalam bahasa inggeris. Jadi, cuba anda fikirkan., memadaikah ilmu mereka mengenai bahasa inggeris sekiranya hanya mempelajari satu subjek di dalam bahasa inggeris sedangkan berjuta-juta istilah sains yang tidak kita gunakan atau pelajari di dalam subjek bahasa inggeris. Sekiranya pembelajaran matematik dan sains dan matematik diajar di dalam bahasa imggeris, sekurng-kurangnya mereka didedahkan dengan istilah-istilah sains yang berguna.
Saya juga telah menonton filem terbaik Grammy iaitu Slumdog Millionaire yang dibintangi oleh budak miskin di perkampungan setinggan di India. Apabila menonton cerita ini saya begitu kagum dengan percakapan mereka di dalam bahasa inggeris. Begitu lancar sekali. Jika mereka yang tinggal di kawasan setinggan pun mampu menguasai bahasa inggeris dengan baik, mengapa kita perlu memberi alasan. Teringan saya pada pepatah melayu 'di mana ada kemahuan di situ ada jalan'. oleh itu, kita fikir-fikirkan lah kebaikannya. Semoga apa yang dilaksanakan memberikan kebaikan kepada semua pihak.

No comments:

Post a Comment