Tuesday, August 17, 2010

Aku Sayang Padamu...

27 Julai 2008 merupakan tarikh keramat di dalam hidupku. Bukanlah keramat kerana aku berjaya melakukan sesuatu tetapi tarikh keramat kerana insan yang aku sayang pergi meningalkan aku. Pemergiannya memang telah dapat dirasakan, manakan tidak. Hampir seminggu dia terlantar di hospital. Apa yang mampu dia lakukan hanyalah membuka dan mengalirkan air mata. Tiada sepatah kata yang mampu diucapkan.

Aku masih terkenang pagi yang penuh kejutan. Pada waktu itu aku sedang menuntut di Universiti Putra Malaysia. Tiba-tiba aku mendapat panggilan telefon dari adik perempuanku. Namun bila dijawab tiada perkataan yang keluar tapi hanya tangisan dapat aku dengari. Sekali-sekala aku mendengar dia menyebut “mak” dengan nada yang amat sedih. Aku terus mengasak adikku dengan persoalan. Akhirnya dia menjawab ‘ mak dah tak sedarkan diri’. Aku terasa seperti tidak bernyawa. Tanpa berlengah aku terus mencapai tuala mandi dan terus bersiap untuk pulang ke kampung.

Setibanya di kampung, mak aku sudah pun dibawa pulang kerana menurut doktor yang merawat, peratus untuk mak aku terus hidup hanyalah 5%. Bagaimana rasanya anda jika mendapat khabar begini. Aku hanya redha dengan berita itu. Tanpa berlengah aku terus mencapai senaskah surah Yasin dan membacanya. Waktu semakin berputar, namun mak aku masih tiada perubahan. Hanya mampu melihat, tiada sebarang pergerakan dapat dilakukan. Tiba-tiba petang itu aku melihat mak aku dapat menggerakkan sedikit badannya. Kami sekeluaga amat bersyukur dan berharap ianya satu petanda baik dan ramalan doktor adalah satu kesilapan.

Keesokkan harinya apa yang kami harapkan tidak berlaku. Mak aku masih kaku seperti kelmarin dan hanya mampu membuka mata. Aku tahu sebenarnya dia tahu apa yang terjadi. Aku dapat melihat apabila rakan-rakannya dating melawat dia hanya mampu mengalirkan air mata kerana tidak mampu bersuara. Petang itu kami sekeluarga nekad membawa mak aku kembali ke hospital kerana ada sedikt perubahan. Kami membawanya ke hospital yang lebih besar. Menurut doktor yang meawat, daripada imbasan kepala yang dilakukan, ida mendapati terapat salur-salur darah di otak mak aku telah pecah. Ini yang menyebabkan otaknya gagal untuk berfungsi atau ianya juga lebih dikenal sebagai strok. Menurut doktor itu juga memang tiada harapan untuk mak aku terus pulih.

Masa terus berlalu, hampir seminggu mak aku terlantar di hospital. Petang Rabu itu doktor memanggil ayahku dan mencadangkan untuk menbuka alat pernafasan yang terpasang pada mak aku kerana dia merasakan seperti menyiksa mak aku. Ayah aku bersetuju dan membawa pulang mak aku. Apabila di rumah kami sekeluarga sedar Allah boleh mengambil nyawa mak aku bila-bila masa sahaja. Tiada apa yang dapat dilakukan selain membacakan ayat-ayat suci Al-Quran

Dua hari mak aku mampu bertahan tanpa alat pernafasan. Malam Jumaat itu lebih kurang jam 3.00 pagi, mak aku mnghebuskan nafasnya yang terakhir. Walaupun sedih, namun kami gembira kerana penderitaannya berakhir juga dan kami amat bersyukur kerana dia kembali pada hari Jumaat. Jenazah mak aku dikebumikan selepas solat Jumaat dan kami redha dengan pemergian itu.

Kini sudah 2 tahun dia meninggalkan aku. Namun apa yang amat aku terkilan adalah aku tidak sempat melihatnya menghembuskan nafas yang terakhir kerana aku sedang menguruskan pembelajaran aku di kampus. Dan apa yang amat aku terkilan adalah aku hanya bercakap dengannya sebulan sebelum itu, sebelum aku pulang ke kampus. Itulah kali terakhir aku bercakap dan mencium tangannya. Apapun aku amat menyanyangi dirinya. Tiada apa yang dapat aku balas kecuali dengan sedekah Al-Fatihah….

2 comments:

  1. al-fatihah ihsan, begitu tabah u harungi kejadian sebegini...alhamdulillah dia tidak lagi menderita... while in UPM lagi... shira pun ade nasib hampir sama dgn ihsan... tapi sakit teruk sahaja selama 4 bulan lebih.. mmg tak tentu arah dibuatnya..-mushira-

    ReplyDelete